If you want something,
you just go for it..
If you get it, you won...
But if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried...
It’s never a shame to lose after trying...
Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.
Terdapat
pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan.
Akan tetapi, pasangan
remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian
hubungan sebagai suami isteri....
Dalam sesetengah situasi ada juga
di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana
alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. Dia percaya
bahawa dengan tidak berkahwin maka dia telah melengkapkan dirinya untuk
menyiapkan masa depan yang cerah, dianggap akan mengangkat darjatnya dan
meninggikan kedudukannya...
Ataupun pelbagai alasan yang bersandarkan pada adat
dan tradisi. Apabila seorang manusia itu dilarang daripada
berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram, semua
orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak.ia
boleh merosakkan keharmonian rumahtangga,mencabul kehormatan, menyebarkan wabak
penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan...